Wednesday, November 30, 2005

Sejarah pengumpulan Al Quran.

Sejarah pengumpulan Al Quran.

Pada zaman Rasullullah Al Quran telah pun ditulis dengan arahan khusus daripada rasullullah. Ini terbukti dengan adanya penulis penulis wahyu seperti Zaid Bin Sabit.
Pada zaman khalifah Abu Bakar As Siddiq Al Quran yang telah tertulis itu dikumpulkan oleh khalifah setelah mendapat saranan daripada saidina Umar r a. Sebab utama ialah kerana kematian ramai hafiz Al Quran pada peperangan Al Yamamah. Selepas kematian saidina Abu Bakar penulisan Al Quran yang dikumpul ini diserahkan kepada saidina Umar kemudian kepada puterinya Hafsah.
Khalifah Uthman ibn Affan r a mengarahkan supaya dilakukan pengumpulan semula terhadap Al Quran dengan kaedah yang lebih tersusun da rapi. Lalu disalin ke dalam beberapa naskah dan dihantar ke kota kota besar Islam pada waktu itu. Sebabnya ialah aduan daripada Huzaifah ibni Al Yaman yang mendengar perselisihan para sahabat tentang qiraat sehingga boleh membawa perpecahan.
Pengumpulan diselia oleh Zaid bin Sabit dengan bantuan Abdullah bin Amr bin Al Aas , Abdullah bin Az Zubir , Abdullah bin Abbas dan Abdur Rahman bin Al Haris bin Hisham. Di antara kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ialah apabila berlaku perselisihan pada bentuk penulisan mereka akan menulisnya dengan bahasa Quraish.
Faedah yang dapat diambil ialah pada zaman rasullullah AlQuran terpelihara di dalam dada dada para sahabat dan ditulis di atas pelepah pelepah tamar , kulit kulit binatang dan kepingan kepingan batu. Pada zaman saidina Abu Bakar pula pengumpulan yang berlaku hanya melibatkan penyusunan bagi ayat ayat di dalam surah surah tanpa disusun mengikut tertib surah. Sebab itu dinamakan suhuf.
Pada zaman saidina Uthman pula pengumpulan melibatkan tertib ayat dan surah lalu dibukukan. Dinamakan mushaf.

Adalah menjadi kewajipan kita umat islam untuk mengikut dan mengambil iktibar kepada rasm Uthmani dan memuliakan para sahabat yang berusaha bersungguh sungguh untuk memelihara Al Quran.

Ulamak ulamak ilmu rasm (penulisan Al Quran).

4.1.Al Imam Abu Amr Ad Dani kitabnya Al Muqni’
4.2.Al Imam As Shatibi kitabnya Al A’qilah
4.3.Al Imam Abu Daud kitabnya At Tanzil
4.4.Al Imam Al Balansi kitabnya Al Munsif.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home